Reiki



APA ITU REIKI?
Reiki adalah seni penyembuhan tradisional purba yang ditemui kembali di Jepun oleh Dr. Mikao Usui lebih kurang 100 tahun yang lalu. Penyembuhan ini dilakukan dengan meletakkan tangan ke atas bahagian tubuh yang sakit sama ada dengan menyentuhnya atau tidak.
Reiki berasal dari Bahasa Jepun, Rei ertinya alam semesta dan Ki ertinya energi/tenaga. Jadi perkataan Reiki bererti tenaga dari alam semesta, malah ada yang menamakannya energi llahi. Reiki adalah salah satu teknik penyembuhan alternatif dengan menggunakan tenaga. Tenaga Reiki yang disalurkan merupakan tenaga kehidupan yang tidak terbatas dari alam semesta yang memberikan kerehatan yang mendalam serta sangat membantu dalam mengatasi Stress dan membantu setiap orang agar mampu menjaga dan meningkatkan kesihatan serta menyembuhkan berbagai penyakit.
Tenaga Reiki tidak sama dengan tenaga yang digunakan dalam berbagai jenis penyembuhan alternatif yang lain. Tenaga Reiki mempunyai getaran yang sangat tinggi, halus, lembut dan menyebar. Oleh kerana kehalusannya, Reiki dengan mudah dapat menyerap ke dalam sel-sel tubuh untuk menyihatkan atau melakukan pembaharuan (regenerasi) sel.
Reiki bukanlah suatu agama atau bahagian dari suatu agama. Reiki merupakan teknik yang diasaskan dan dibangunkan oleh Dr. Mikao Usui (1865-1926) di Jepun pada awal abad 19. Kemudian ianya telah dikembangkan oleh Chujiro Hayashi, kemudian pada tahun 1938, Hawayo Takata yang berasal dari negeri Hawaii, Amerika Syarikat telah mengembangkannya di sana, dan pada awal tahun 1980an ianya telah dikembangkan ke peringkat antarabangsa, iaitu ke 5 benua dunia sehingga sampai ke Malaysia sekitar tahun 1990an.
 
   




TRADISI USHUI REIKI


Teknik Reiki asalnya telah ditemukan oleh Mikao Usui dari Jepun setelah beliau melakukan perjalanan spiritual yang cukup panjang dan melakukan meditasi di Gunung Kurama selama 21 hari. Pada hari-hari terakhir beliau bermeditasi, beliau dianugerahi "Satori" (pencerahan spiritual) dan kemampuan untuk menyembuhkan diri sendiri dan orang lain. Sebenarnya pada awal system 'Reiki' ditemukan, Mikao Usui tidak menamakannya dengan istilah "Reiki", beliau menyebutnya dengan istilah "Metode Untuk Mencapai Manusia Sempurna", sedangkan murid-muridnya menyebut system ini dengan istilah "Usui Do" atau "Usui Teate".
Istilah "Reiki" sendiri sebenarnya pertamakali digunakan oleh beberapa orang murid Mikao Usui yang hanya mempelajari sebahagian aspek yang diajarkan oleh Mikao Usui (sepeninggal Usui wafat, mereka membentuk perkumpulan Usui Reiki Ryoho Gakkai ). Untuk lebih mudahnya, istilah Reiki selanjutnya kita ertikan sebagai seni olah spiritual yang didalamnya terdapat sebuah system penyembuhan yang sangat sederhana dengan penyaluran energi kehidupan/energi alam semesta yang diterapkan dengan asas pemasrahan diri pada kekuasaan Tuhan Yang Maha Esa.
 
 Kundalini Reiki merupakan salah satu jenis Reiki yang sekian banyaknya tersebar ketika ini. Ianya lebih mudah, tanpa penggunaan simbol, warna atau visual yang merumitkan.
 Kundalini  Reiki bermakna saluran penyembuhan yang tertentu dan cakra-cakra telah dibuka dan anda dengan itu mendapat jalan masuk ke tenaga bumi. Cakra Dasar iaitu pusat tenaga terletak berhampiran hujung tulang belakang berperanan sebagai pintu masuk untuk tenaga reiki kundalini. Selepas proses pengaktifan dilakukan tenaga akan mengalir keseluruhan tubuh melalui saluran utama tenaga dan keluar dari cakra mahkota yang terletak dibahagian atas kepala. Saluran tenaga ini bergerak dari cakra Dasar ke cakra mahkota. Kundalini terbuka bermakna,selepas suatu masa yang tertentu,pemerosesan pembersihan cakra-cakra pun akan mencapai kesempurnaan. Ianya bererti segenap bahagian-bahagian tubuh dan saluran tenaga telah diperolehi dan telah tersedia untuk digunakan dalam berbagai situasi penyembuhan.
 Kundalini Reiki dapat dikuasai setelah penyelarasan / attunement yang mudah, hanya memerlukan masa lebih kurang 25 minit untuk proses attunement. 
Kundalini Reiki 2011 adalah Kundalini Reiki versi terbaru yang telah di upgrade dan diperbaharui dengan mempunyai hanya 3 tingkatan / level secara keseluruhannya. Iaitu KR1, KR2, KR3 (Master). Versi Kundalini Reiki yang lama / yang sebelum ini mempunyai 9 level iaitu tambahan 6 level selepas level 3 yang dipanggil sebagai booster yang perlu diambil attunement secara berasingan dan berperingkat-peringkat (jarak masa 5 hari setiap peringkat). Tetapi Kundalini Reiki yang terbaru kali ini telah singkatkan menjadi 3 level secara keseluruhannya dimana 6 level booster sebelum ini telah dimasukkan kedalam level 3. Malahan buku manual juga terdapat penambahan teknik yang diajar.
Keterangan ringkas Kundalini Reiki adalah seperti berikut:

KUNDALINI REIKI LEVEL 1– KR1
Dalam penyelarasan aturan kundalini reiki 1 (KR1)  – kesemua simpulan dan sekatan dalam cakra-cakra disingkirkan (melainkan cakra Dasar). Saluran utama tenaga, dari cakra mahkota ke cakra Dasar dibersihkan sebagai penyediaan untuk pembangkitan Kundalini Reiki yang anda akan alami dalam pengaktifan Kundalini Reiki 1 (KR1) adalah bersamaan attunement USHUI REIKI 1,2,3.
KUNDALINI REIKI LEVEL 2– KR2Dalam Kundalini Reiki peringkat 2, kesemua cakra-cakra utama dan saluran-saluran tenaga akan kosong dan terbuka. Mula berlaku pembangkitan kundalini, penaikan Api kundalini minima ke cakra pusar (solar plexus Chakra). Bersedia untuk pembangkitan penuh kundalini pada peringkat KR3. Di peringkat ini anda juga akan diajar meditasi khusus Kundalini Reiki yang dapat menaikkan api/energi kundalini dalam masa yang singkat. Melalui meditasi ini juga jalur-jalur energi / cakra dapat dibersihkan.


HEALING (PENYEMBUHAN) - Setelah anda menerima pengaktifan Kundalini Reiki – KR1, maka serta-merta anda telah mampu melakukan rawatan penyembuhan diri sendiri mahupun orang lain dari jarak dekat mahupun jauh. www.NJIN.com
CLEANSING ROOM / HOUSE (PEMBERSIHAN UNSUR NEGATIF DALAM RUMAH / TEMPAT.) - Kaedah Kundalini Reiki juga boleh dimanfaatkan untuk meneutralkan unsur-unsur negatif dalam kediaman dan ianya juga boleh dilakukan dari jarak jauh mahupun dekat. www.BBHU.com 

HEALING THE CARMIC BAND (PENYEMBUHAN HUBUNGAN KARMA)  - Untuk memperbaiki hubungan seseorang dengan lainnya. Hubungan rumahtangga, jiran dll.
 
SITUATION / QUALITIES HEALING (PENYEMBUHAN SITUASI/KUALITI) - Untuk  menyembuh / memperbaiki sesuatu situasi atau kualiti sesuatu peribadi/watak/ sifat buruk manusia. Seperti ketidakstabilan emosi. Contohnya perasaan cemburu yang keterlaluan, lemah semangat, malas,kecewa dan putus asa, gelisah, bimbang, risau tidak menentu, ketidakyakinan diri, kesedihan, kemarahan,  dan sebagainya.

KUNDALINI REIKI LEVEL 3 (KR3 - MASTER)

Inilah level terakhir dalam pengaktifan Kundalini Reiki,dan dari level ini anda sudah mencapai level master dan boleh mengajarkannya kepada orang lain. Anda boleh memberi attunement walaupun anda sedang tidur!! Dan anda akan memperolehi lagi beberapa penyelarasan tambahan seperti dibawah.
·        DIAMOND REIKI (REIKI BERLIAN) - Apabila menggunakan teknik ini, maka sebuah kristal (berlian) eterik akan berada di chakra mahkota praktisi, dan memperkuatkan kualiti penyaluran Reiki praktisi.

·        CRYSTALLINE REIKI (REIKI KRISTAL) - Dikeseluruhan tubuh kita terdapat jumlah kecil kristal yang tertentu,ini adalah jalan keluar bagi trauma yang telah kita alami sepanjang hidup. Setiap kali kita gagal untuk menyelesaikan sesuatu trauma,sebutir kristal akan terbentuk. Trauma ini contohnya adalah seperti tangan yang patah, terseliuh, kesedihan dan sebagainya. Jika umpamanya seseorang itu terpatah tangan sebutir kristal terbentuk untuk menjadi memori dari kesakitan dan perasaan dari trauma itu. Melalui kaedah pengaliran reiki kristal ini boleh dicair dan disembuhkan.
·        DNA REIKI (REIKI DNA)  - Menguatkan keupayaan untuk menyembuhkan / memperbaiki kualiti DNA. Contohnya penyakit keturunan seperti Asma & dll.
·       
BIRTH TRAUMA REIKI (REIKI TRAUMA KELAHIRAN) - Salah satu bentuk trauma adalah trauma akibat proses kelahiran. Ini mungkin terjadi akibat proses kelahiran yang sulit seperti bayi songsang, tak cukup bulan, tali pusat terbelit dan sebagainya. Kesan daripada kejadian tersebut mungkin mengakibatkan seseorang tersebut mengalami trauma seperti takut dalam kegelapan atau sesuatu dan sebagainya. Trauma ini dapat dihilangkan secara perlahan dengan teknik ini
·       
LOCATION REIKI (REIKI LOKASI) - Teknik ini digunakan untuk menyelaraskan “Carmic Band” antara manusia dengan suatu tempat yang penuh energi negatif yang boleh menggangu kesihatan manusia. Oleh itu teknik location reiki digunakan untuk meneutralkan energi negatif tersebut.
·       
BALANCE REIKI (PENYEIMBANGAN REIKI) - Teknik ini digunakan untuk menyeimbang seluruh sistem energi tubuh .  

MODUL  TAMBAHAN
REIKI UNTUK PELBAGAI HAJAT:
1.     Penarik Cinta dan Pengasihan
2.     Rezeki dan Kekayaan
3.     Meningkatkan Karisma Diri
4.     Pemagaran Ghaib
5.     Peminjam Membayar Hutang
6.     Mengaktifkan Pancaindera Ke-Enam
7.     Pelbagai hajat, Matlamat dan Masalah 
          
ATTUNEMENT


Untuk mempelajari Kundalini Reiki sebelum itu terlebih dahulu perlulah dibuat 'attunement' (penyelarasan/ pengijazahan). Perumpamaannya seperti ketika anda membeli sebuah radio baru, ia tidak dapat digunakan sehinggalah anda menyelaraskan frekuensi / gelombang stesen siaran yang dikehendaki. Kemudian barulah anda dapat menerima & mendengar siaran radio tersebut. Proses attunement akan memakan masa lebih kurang 25 minit.

Kursus ini boleh diambil secara jarak jauh (tidak perlu hadiri diri ataupun dengan menghadirkan diri. Untuk Hadir diri kursus hanya akan dibuat pada waktu malam sahaja iaitu dari jam 8.30pm-11.30pm. Jika anda ingin mengikuti kursus secara hadir diri sila hubungi saya di talian :+6013-2829414..untuk temujanji


FAEDAH AURA REIKI

Aura Reiki memiliki beberapa manfaat diantaranya:
         membersihkan dan mengaktifkan cakra diri (pusat energi diri yang penting)
         mengaktifkan dan meningkatkan Aura diri (medan tenaga diri cepat berkembang)
         meningkatkan Aura spiritual diri kita ke tahap tertinggi (rahsia kesihatan sejati)
         meningkatkan kesihatan diri samada emosi, mental dan fizikal (semua orang perlu sihat)
         melindungi diri dari energi-energi negatif (khusus untuk mereka sentiasa sakit, dan dah puas berubat tapi belum juga sihat)
         meningkatkan kecerdasan Emosi dan Spiritual (amat baik untuk para pelajar dan mereka yang banyak menggunakan minda dalam kerja harian)
         memberikan lebih banyak energi serta meningkatkan getaran energi tubuh (lebih sihat, lebih ceria hidup kita)
         mudah dipelajari dan mudah dilatih, tidak memerlukan latihan fizikal yang melelahkan (rahsia amalan diri secara spiritual)
         dapat digunakan untuk meningkatkan kerjaya diri ( lebih cepat bejaya, jiwa akan bahagia, hidup lebih ceria)
         meningkatkan kasih sayang ahli keluarga dan sesiapa sahaja (rahsia eratkan hubungan lebih mesra)
         lebih mudah dalam mengadakan urusan hubungan kemanusiaan (jauh dari irihati dan rasa dendam orang)
         dapat membebaskan diri dari kesan tekanan ‘stress' (jiwa lebih tenang, emosi lebih terkawal)
         boleh menolong mereka yang memerlukan pertolongan, dimana kita mampu untuk melakukan rawatan untuk masalah fizikal, mental, emosi dan spiritual untuk sesiapa sahaja, samada secara hadir atau secara jarak jauh (boleh buka pusat rawatan alternatif atau khidmat sosial masyarakat)
         Disamping itu, kita juga dapat mengenal pasti apa sahaja masalah dengan kaedah ‘scanning' secara spiritual aura sesuatu benda, (tanpa ada perantara Khodam, Jin dan seumpamanya) kita boleh mengenal aura sesuatu benda atau apa-apa sahaja (bukan ilmu nujum) tetapi secara kaedah ilmu "Metafizik" (iaitu rahsia segala rahsia ilmu fizik)



                       

No comments:

Post a Comment