Mind Power

 ILMU KUASA MINDA
(UNTUK KEJAYAAN DAN POTENSI KEHIDUPAN)



ILMU KUASA MINDA.

Kuasa minda merujuk kepada tenaga yang berada dalam diri setiap manusia. Ia memang bersedia sejak kita dilahirkan. Kajian dan penggunaan ilmu sudah dibuat sejak lebih 5000 tahun lalu. Orang Greek, Arab, Jepun, China, India telah lama mempraktikkan ilmu ini. Cuma nama sahaja yang berbeza. Masyarakat India mengenali sebagai Prana, orang China menyebut Chi, orang Jepun menyebut Ki dan bagi masyarakat di Nusantara mereka menyebut tenaga dalam.

Jika kita ingin menakrifkannya, maka kita boleh katakan bahawa ilmu kuasa minda ialah ilmu sains yang menerangkan mengenai latihan bagaimana untuk menarik tenaga persekitaran dari alam kosmik masuk ke dalam fizikal dan jiwa manusia bagi meningkatkan fungsi tenaga dalam manusia kepada paras yang lebih optimum.

Kuat atau lemahnya tenaga yang masuk bergantung kepada latihan yang dibuat seseorang itu. Kekuatan tenaga dalam merupakan perwujudan melalui saluran perasaan yang kemudiannya menghasilkan tenaga 

TENAGA DALAM.

Tenaga ini merupakan penggerak kepada Kardiofascular kita. Ia merupakan tunjang dalam kehidupan kita. Gabungan tenaga ini dengan tenaga yang berada di alam kosmik akan memberi kesan yang cukup hebat kepada seseorang itu. Kajian sains menunjukkan bukti – bukti yang cukup hebat tentang tenaga ini di dalam tubuh manusia dan juga di sekeliling tubuh manusia. Seorang saintis Rusia iaitu Prof. Konstantin Korotkov telah menemui gambar melalui kaedah Ultra Sensitif dan mendapati terdapat radius tenaga di sekitar badan manusia dengan pelbagai warna. Ruang tenaga tersebut disebut Aura.

Kaedahnya ialah dengan menggunakan satu sistem elektrod yang menghasilakan satu medan eletrik yang kuat disekeliling objek kajian. Ini akan menghasilkan satu pelepasan gas (gas discharge) yang jelas kelihatan dan boleh diukur. Ketepatannya menghasilkan kesan yang sama berulangkali bila diuji.

Kajian juga menunjukkan bahawa aura seseorang itu berbeza – beza dan ia juga berbeza dalam suasana seseorang itu, sama ada ia berkeadaan relaks, emosi atau tidur. Ruang aura ini mengandungi jasad yang halus dengan potensi potensi tenaga mereka dan memberi kekuatan kepada seseorang itu. Ia berbeza antara satu sama lain dan bergantung kepada keadaan fizikal dan pemikiran seseorang itu. Bagi seseorang yang berfikiran positif tenaga ini mungkin lebih tinggi atau lebih tebal berbanding orang yang mempunyai fikiran negatif. Sebenarnya tenaga mempunyai manfaat yang sungguh besar. Bagaimana manusia menggunakan dan mengolah ilmu ini, itu yang menjadi persoalan dan kita akan pelajari nanti.

Medan tenaga yang ujud pada setiap benda hidup telah dapat dibuktikan dengan kaedah saintifik melalui penciptaan sejenis kamera yang dipanggil GVD(Gas Discharge Visualization) yang menggunakan teknologi dalam bidang optik, matriks TV digital, dan pemerosesan imej dengan komputer. Alat ini memberi peluang kepada penyelidik untuk mengkaji aura manusia dengan lebih mudah.

Manusia merupakan makhluk yang mempunyai potensi yang sungguh hebat dalam dirinya. Kerana sejak kita dilahirkan kuasa minda atau lebih dikenali sebagai tenaga dalaman memang sudah sedia ada, cuma kita tidak menyedarinya kerana tidak mempunyai ilmu untuk mengolah dan menggunakannya.

Kesimpulannya diri manusia sememangnya mempunyai kuasa atau tenaga yang cukup kuat bahkan setiap diri manusia itu, boleh membina tenaga minda dan fizikal melalui latihan-latihan tertentu. Untuk mencorak kehidupan, peranan kekuatan minda ini amat penting. Tetapi persoalannya ialah bagaimana manusia menggunakan potensi yang hebat tersebut untuk membina kejayaan dalam hidupnya.

Sebab itu Tuhan menganugerahkan kita kekuatan dalaman yang memang sudah siap sedia untuk digunakan. Manusia yang berjaya ialah manusia yang BIJAK menggunakan mindanya dan memikirkan tentang kejayaan. Anda boleh jadi orang yang sihat, jika anda memikirkan tentang sihat dan kesihatan, anda boleh membuka gedung perniagaan yang besar, anda boleh menjadi jutawan, anda boleh jadi pemaju, anda boleh berpangkat besar, anda boleh berkahwin, anda boleh jadi pelajar yang cemerlang, anda boleh jadi peguam yang berjaya, anda boleh jadi arkitek yang hebat, anda boleh jadi usahawan IT yang hebat dan sebagainya lagi. Kesemua itu boleh dibuat apabila kita melatih minda kita berfikir ke arah kejayaan bukan memikir kearah kegagalan. Dalam kehidupan kegagalan adalah perkara biasa yang tidak harus difikir sebagai penghalang kejayaan. Melalui kursus ini anda akan dilatih untuk berfikir secara positif dan mempunyai semangat juang yang kuat.

Konsep yang ditekankan dalam kursus hebat ini ialah melatih menguasai minda dan membuat saranan kepada minda bawah sedar anda bagi memprogramkan setiap saranan positif ke dalam diri anda. Selain dari itu juga, kami akan melatih anda untuk menguasai pernafasan bagi membentuk tenaga dalam yang ada di dalam diri anda.Gabungan antara minda dan pernafasan yang teratur akan menghasilkan suatu kekuatan tenaga yang sungguh hebat pada diri seseorang. Selama ini anda tidak menghirau langsung apa yang terdapat pada diri anda. Anda bangun pagi terus dengan tugas – tugas harian anda, tanpa memikirkan apakah sebenarnya kekuatan yang ada pada diri anda.

BAGAIMANA TENAGA INI DIOLAH

Rahsia yang paling penting ialah dengan menggunakan teknik pernafasan yang teratur dan berdisiplin. Apabila pernafasan kita dilatih dengan teratur dan sempurna maka ia akan membentuk lapisan – lapisan sekitar tubuh kita. Lapisan tersebut dinamakan lapisan aura. Tebal atau nipisnya aura bergantung kepada amalan dan latihan seseorang tersebut. Prinsip pernafasan yang teratur dan berdisiplin akan membantu membuka pintu tenaga masuk dan mengembangkannya.

Minda Bawah Sedar ialah sebagai minda kreatif, dimana setiap arahan dari minda sedar anda akan diprogram serta diproses dalam benak minda dalam kita.Minda sedar akan memberi fakta dan minda bawah sedar akan memprosesnya. Apabila kita dapat menguasai minda bawah sedar ini, kita boleh menggunakan minda bawah sedar ini kepada pelbagai bidang untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Banyak dari kita tidak kisah perkara ini. Apa yang anda belajar ini merupakan ilmu yang cukup hebat. Ia merupakan rahsia kejayaan, kepada usahawan dan intelek – intelek.

Minda bawah sedar ini sedia menerima apa sahaja gagasan dari anda. Ia berkhidmat 24 jam sehingga anda mati. Sebab itu, latihan yang kami beri ini amat bermanfaat kepada anda. Ia merupakan kaedah untuk mencapai sebarang hajat atau objektif anda seperti kekayaan, kesihatan yang baik , kebahagiaan, pekerjaan yang sempurna dan lain – lain lagi.

Minda bawah sedar merupakan alam yang berfungsi untuk menghasilkan suatu kekuatan daripada kepintaran alam yang tidak terhad ini untuk mewujudkan dengan sengaja objektif yang kita mahukan. Ia melibatkan unsur – unsur akal fikiran sedar, emosi dan keyakinan diri kita. Minda bawah sedar perlu diserap dengan unsur positif sepanjang masa., jika tidak dilakukan ia maka unsur lain akan masuk dan menguasai minda bawah sedar kita. Kunci untuk menguasai minda bawah sedar adalah terletak pada diri kita. Jika kita mampu menguasainya kita akan berjaya.

Minda sedar Cuma boleh berfungsi untuk memikir perkara sedar sahaja seperti membaca, menulis, bercakap atau tindakan dalam keadaan sedar. Tetapi minda bawah sedar boleh menjangkau jauh sehingga kealam ghaib. Inilah kehebatan kejadian Allah pada manusia. Latihan ini cukup penting dan merupakan kunci kepada ilmu yang amat tinggi nilainya ini. Ia tidak diajar secara terbuka malah masih disembunyi oleh sesetengah pihak. Pihak kami akan terus memberitahu bahawa ilmu ini amat penting untuk dihayati.
Untuk memberi pendedahan tentang potensi diri manusia yang sungguh hebat dan bagaimana menggunakan potensi tersebut ke arah kejayaan hidup.



MANFAAT ILMU KUASA MINDA 
      
Antara manfaat penting apabila mempelajari ilmu ini ialah:


a. Memiliki tubuh yang sasa dan sihat

b. Mempunyai organ pernafasan yang sihat dan baik

c. Meningkatkan pancaindera kita dan keupayaannya

d. Mempunyai sikap yang penuh keyakinan,tenang,tekun dan sabar

e. Meningkatkan semangat

f. Meningkatkan motivasi dalam kehidupan seharian

g. Mempunyai daya fikiran dan daya ingatan yang tajam dan kreatif

h. Wajah berseri – seri (awet muda)

i. Penyeri wajah atau pemanis wajah

j. Menampilkan sebagai seorang yang berwibawa,karisma,hebat.

k. Meningkatkan kebolehan beladiri

l. Boleh membantu orang untuk merawat penyakit

m.Merawat diri sendiri

o. Mengelak dari perbuatan sihir

p. Mendapat rezeki atau ilham mencari rezeki

q. Meningkatkan kekuatan seks

r. Menarik jodoh

s. Menghilangkan sifat putusasa

t. Jati diri

u. Berjaya Dalam Peperiksaan.

v. Kaedah Membuang Sifat Buruk Dalam Diri Sendiri

w. Membina Tubuh Yang Kuat

x. Meningkatkan kekuatan saraf

y. Penyelesaian Pelbagai masalah

z. Membuka pintu kejayaan dalam bidang ekonomi,pekerjaan,pelajaran dan bermacam –
macam potensi positif dalam kehidupan

Untuk Maklumat Kursus, sila rujuk klik pautan Kursus.

No comments:

Post a Comment